PIBA.Generationz
this site the web

Tazkirah Tahun Baru

TAHUN baru ini, samada masihi atau hijrah meninggalkan catatan sejarah yang terukir dalam diari kehidupan setiap insan. Masa untuk kita bertafakur meraba nilai diri yang dicalit oleh tinta yang penuh noda.

Hitam dan putih, dosa dan pahala, kebaikan dan kejahatan, untung dan rugi, kegagalan dan kejayaan, semua itu mematangkan peribadi.

Rasanya baru sekejap anak dilahirkan, merangkak dan berlari, kini sama tinggi dengan ayah dan ibu mereka. Melihat cermin, nampak kulit semakin kedut, uban tumbuh di sana sini, hari-hari semakin sibuk melayari dunia yang mencabar keimanan.

Ada satu amalan paling sesuai dilakukan malam ini, bukalah album kenangan masa lalu dan letakkan ia di hati. Singkap lembaran demi lembaran yang mengandungi gambar mengenai kehidupan kita. Kemudian cuba fikirkan beberapa persoalan mengenai takdir yang anda lalui sepanjang tahun ini.

Betapa lemahnya daya ingatan kita, apatah lagi mahu menjawab beberapa soalan yang menjadi rahsia Tuhan ke atas diri kita. Mungkin ada yang menolak takdir ke atas dirinya, tapi selepas dijalani akhirnya Tuhan membuka matanya melihat bahawa takdir itu baik dan membawa kebahagiaan dalam hidupnya.

Allah Maha Mengasihi hamba-Nya yang reda lagi berusaha mempertingkatkan kualiti diri walaupun mereka diuji dengan cabaran dunia. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya kerana air itu tanaman-tanaman di bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya, dan pemiliknya mengira bahawa mereka pasti menguasainya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami pada waktu malam atau siang, lalu kami jadikan (tanaman-tanamannya) laksana tanaman-tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kelmarin. Demikianlah kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang berfikir.”

Apa saja pencapaian yang kita peroleh atas hasil usaha di dunia ini hanyalah setitis daripada rahmat-Nya yang dituang dalam hati kita. Begitu juga kegagalan dan musibah yang berlaku adalah supaya kita lebih dekat kepada Allah dan bergantung sepenuh pengharapan setelah sebelumnya kita berasa gagah dan hebat menguasai medan kehidupan.

Ketika membuka album hati yang menyimpan rahsia diri, seorang hamba Allah akan menjumpai kecacatan dan aib diri yang apabila tersingkap pasti sungguh memalukan. Tetapi Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, akan benar-benar membuka segala-galanya pada hari penghisaban nanti.

Bolehkah anda membayangkan jika di dunia ini Allah membuka satu persatu rahsia kita di hadapan manusia? Pastinya kebencian dan penghinaan yang akan kita dapat setiap hari. Al-Imam Muhammad bin Wasi’ pernah berkata: “Seandainya dosa itu dapat dicium baunya, tentu tiada seorangpun manusia mahu mendekati diriku.”

Untuk itu, Umar berwasiat: “Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab dan timbanglah amalmu sebelum kamu ditimbang kerana sesungguhnya kamu melakukan hisab terhadap dirimu sendiri pada hari ini akan lebih memudahkan bagi kamu menjalani hisab pada hari kiamat.”

Al-Quran menceritakan keadaan manusia ketika menghadapi penghisaban di mahkamah Allah yang bermaksud: ”Dan diletakkan kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata: “Aduhai celaka kami, Kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis) dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juga pun.”

Sesungguhnya amalan muhasabah diri lebih baik daripada ibadat sepanjang malam dalam keadaan hati dibiarkan lalai. Bagaimanakah cara kita mengetahui adakah hati kita lalai atau tidak? Rasulullah SAW menilai kelalaian hati dengan jauhnya seseorang daripada membaca al-Quran dan merenungi dirinya.

Sesuai dengan sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang melakukan qiyam dengan membaca sepuluh ayat, maka dia tidak akan dicatat sebagai orang yang lalai. Barang siapa yang membaca seratus ayat, maka dia dicatat sebagai orang yang khusyuk. Dan barang siapa yang membaca seribu ayat maka dia dimasukkan ke dalam golongan orang yang memperoleh pahala yang melimpah-limpah.” - (Hadis riwayat Abu Daud)

Tanda-tanda kelalaian berkait rapat dengan sengatan hawa nafsu ke atas hati kita. Rasulullah SAW sentiasa berdoa sebelum memulakan khutbahnya yang bermaksud: “Segala puji bagi Allah, kami memohon pertolongan, petunjuk dan ampunan kepada-Nya dan kami memohon perlindungan daripada keburukan hawa nafsu dan dosa-dosa kami.”

Hawa nafsu pada hakikatnya adalah bekalan bagi manusia untuk menjalani kehidupan. Ia bersifat tercela melainkan bagi mereka yang dirahmati Allah sesuai dengan perkataan Nabi Yusuf dalam al-Quran yang bermaksud: “Kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” - (Surah Yusuf, ayat 53)

Saat bermuhasabah, kita boleh merasai apakah kekuatan yang selama ini menunggangi keperibadian kita? Apakah kekuatan hawa nafsu atau keimanan? Dalam diri kita hanya ada dua kekuatan itu, silih berganti yang satu memenangi perlawanan terhadap yang lain.

Perlawanan itu berlangsung sepanjang hayat kita hingga akhirnya. Firman Allah yang bermaksud: “Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggalnya. Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya.”

Selepas beribu batu perjalanan ditempuhi, eloklah berhenti sejenak sambil bertafakur untuk memastikan adakah jalan itu betul dan lurus sesuai dengan matlamat asal kita. Dari mana kita datang, untuk apa kita berjalan dan ke mana kita kita tuju? Kembalilah kepada Allah sebelum segala berakhir dengan kesengsaraan abadi.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan peliharalah dirimu daripada (azab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan).”

Tidak ada ucapan selamat kepada mereka yang mensia-siakan hidupnya walaupun setiap tahun mereka menyambut perayaan tahun baru dengan gilang-gemilang. Yang sepatutnya diberi ucapan itu adalah orang yang cekal dan gigih memperjuangkan imannya hingga menemui Tuhannya dengan hati yang reda.

Ahlan Wa Sahlan 2010 M

Hukum Menyambut Tahun Baru Masehi

Soalan

Saya pernah terbaca bahawa haram bagi kita umat Islam menyambut perayaan Tahun Baru pada malam 31 Disember? Apa pandangan ustaz dalam perkara ini?

Jawapan

Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri. Islam juga telah meletakkan dua hari raya yang patut disambut dan dirayakan oleh Umat Islam iaitu Eidil Fitri dan Eid Adha.

Oleh itu, sebarang sambutan majlis lain mestilah tidak menyerupai sambutan perayaan dua hari raya Islam tadi. Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.

Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang mengharamkan sama sekali sambutan tahun baru dalam apa jua bentuk. Namun, menyambut tahun baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat.

Walaupun kalendar masehi adalah ciptaan bukan Islam, namun melihat kepada penerimaan kalendar moden ini, ia tidak lagi kelihatan bersangkut paut dengan agama malah amat ramai yang tidak lagi mengetahui dan ambil endah tentang asal usulnya, apatah lagi kaitannya dengan mana-mana agama. Ia sudah dikira sebagai sebuah kalendar moden yang diterima di atas asas adat dan kebiasaan. Namun begitu, syarat-syarat seperti berikut mestilah diambil perhatian dalam sambutannya:-

* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.

Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah"

Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).

Terdapat satu keadah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat"

Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)

* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga.

* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).

* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.

Sekian

Ust Zaharuddin

www.zaharuddin.net

Surat dari Saufiyah Huda


Assalamualaikum…

Jom kita kongsi ilmu bersama…ini tajuk( ahkamu I’rab)..: bahagian pertama

Dengan adanya jadual ini, kawan2 boleh la tahu bagaimana nak I’rab sesuatu ayat mengikut susunan yang betul..okeyJ selamat mencuba..Anda juga boleh tahu bagaimana sesuatu kalimah itu berada dlm keadaan marfu’ , mansub, atau majrur…dari segi isim,,dan juga feel…okey..klu xfaham,,kter blajar sama2 okJ

Nukilan dariku,,,,saufiyah huda


Azam Baru

Kepada semua, di ucapkan selamat tahun baru.. semoga bermula dengan semagat yang baru dan azam yang baru.. di iringi harapan ayah ibu... Hadapi hari demi hari dengan ingatan kepada Yang Maha Esa..


Nahu Sarf

NAHU SARF 2009
FAKULTI PENDIDIKAN TAHUN 2

KUMPULAN 1 :
• Ahmad Syafiq Bin Mat Razali
• Mohammad Afham Bin Mohd Nazmi
• Mohd Sharul Farham Bin Kamaruddin

KUMPULAN 2 :
• Mohd Faiz Fitri bin Mohd Zali
• Mohd Fathan Bin Mohamad
• Muhd Mawardi Bin Ahmad

KUMPULAN 3 :
• Ahmad Fahmi Bin Uzali
• Mohd Noor Fikri Bin Zool
• Nor Habeeburrahim Bin Khasbi

KUMPULAN 4 :
• Wan Ahmad Fahmi Bin Wan Abdul Hamed
• Mohd Izzudin Bin Pisol
• Suhairi Bin Muhamad

KUMPULAN 5 :
• Mohd Fauzi Bin Rozak
• Mohd Farhan Bin Jamil


KUMPULAN 6 : النداء / الأسماء الموصولة
• Nur Saufiyah Huda Binti Ma’som
• NurulAkmal Binti Hanafi
• Rafidah Binti Sitam

KUMPULAN 7 ; المبتداء
• Nor Siti Hazar Binti Miswan
• Noor Faizzah Mokhti
• Saidatul Fasihah Binti Sahar

KUMPULAN 8 : المفعول به
• Hanisah Binti Burhanuddin
• Muzaida Binti Mohammad
• Janariah Binti Ab. Rahman

KUMPULAN 9 : الخبر
• Nor Sharina Binti Hazami
• Noor Syuhada Binti Mustafa
• Satina Binti Zainol

KUMPULAN 10 : الصفة والموصوفة
• Farhah Zaidah Binti Abd Rahman
• NurHanisah Binti Mohamad
• Nor Hasmeme bt Ismail

KUMPULAN 11:المفعول لأجله
• Sharifah Binti Mat Husin
• Nurul Badri Binti Abdul Wahab
• Nor Janah Binti Chik

KUMPULAN 12 : المفعول معه
• Arne Yusmita Binti Abd Rahman
• Hafizah Binti Mat Ali
• Nur Masitah Binti Mazlan

KUMPULAN 13 :
• Umi Rashidah Binti Ahmad Zaki
• Nur Aishah Binti Amin
• Siti Rohayu Binti Abd Kadir

KUMPULAN 4 :حرف الجر
• Siti Aishah Binti Jumri
• Noni Farhana Binti Kamarudin
• Fatimatul Zaharah Binti Zakaria


KUMPULAN 15 :
• Noor Rapidah Binti Redzuan
• Emma Fadzilah Binti Adis
• Nurul Husna Binti Zulkifli

KUMPULAN 16 : الجملة الإسمية
• Nor Hidayah Binti Ghagus
• Siti Haraimah Binti Isa
• Nor Raihan Binti Abd Rahman

KUMPULAN 17 : الإسم الفاعل
• Siti Aisyah Binti Othman
• Nur Fazlina Binti Zulkifli
• Nur Hidayah binti Abdullah

KUMPULAN 18 :نائب الفاعل
• Norazira Binti Zakaria
• Nur Aini Binti Alias


KUMPULAN 19 ;اسم الإشارة
• Nurul Husna Binti Mat Sa’ari
• NurHaini Binti Abd Ghani
• Nurraihan Binti Abd.Rahman

KUMPULAN 20 ;المفعول مطلق
• Nur Ain Binti Zarifin
• Nik Zuriani Binti Zakaria
• Noriana Binti Che Abdullah

KUMPULAN 21 :
• Nur Liyana Binti Anas
• Saidah Nafisah Binti Abd Rahman
• Nor Hanan Binti Abd Hamid

Malam Tautan Kasih

video

Video Utk Majlis Malam Tautan Kasih Pelajar Pendidikan Islam 08/09 UKM.

Beginning




Bismillah..

Dengan ini, blog ini telah dilahirkan dengan rasminya pada 26 disember 2009. Pada jam 2.12 petang.. Blog Rasmi bagi Program Pendidikan Islam kemasukan 2008/2009 Fakulti Pendidikan , Universiti Kebangsaan Malaysia. Semoga blog ini menjadi titian wadah ukhwah dan penghubung informasi di alam maya di kalangan pelajar program pendidikan islam dari semasa ke semasa. Sebarang cadangan aduan dan komen, bolehlah terus diluahkan di blog ini. Terima Kasih.



 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies