PIBA.Generationz
this site the web

Anda Pilih.. UKM

salam .. Pilihanraya Kampus di UKm telah berlangsung pada 28 hb januari 2010 yang lalu.. sila klik di sini utk keputusan pilihanraya.. TQ.

Usah perlekeh idea siswa

Tindakan bantutkan usaha galak generasi muda bersuara


KOTA KINABALU: Semua pihak diingat tidak memperlekehkan keupayaan mahasiswa termasuk mengeluarkan kenyataan menyindir golongan itu, bagi mengelak mereka menjauhkan diri daripada pihak universiti selain boleh merosakkan imej kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata pentadbiran Perdana Menteri lebih terbuka kepada suara rakyat termasuk mendengar pandangan mahasiswa.

Katanya, Kementerian Pengajian Tinggi turut menggalakkan mahasiswa bersuara mengikut saluran sesuai dan mengiktiraf cadangan mereka menghidupkan semula Sudut Pidato serta Parlimen mahasiswa

“Majoriti pemimpin universiti termasuk pensyarah memahami pendekatan itu, tetapi malangnya ada yang belum faham dan terus mengeluarkan kenyataan memperlekehkan mahasiswa.

“Tindakan seperti itu perlu dihentikan kerana kita tidak mahu mahasiswa berasa dikongkong, diperkecilkan atau dianggap seperti budak kecil sedangkan mereka sudah dewasa, malah ada yang sudah layak mengundi.

“Kita perlu menghormati dan mengiktiraf suara mereka. Jika mahu mahasiswa terus melangkah ke depan, hentikan sindiran atau suara memperlekehkan mereka kerana kesannya tidak baik terhadap golongan ini. Kita akan menegur pensyarah yang dikenal pasti merendahkan pandangan mahasiswa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Wacana Ilmu dengan pelajar Kolej Yayasan Sabah (KPY) di Yayasan Sabah, Menara Tun Mustapha, di sini, semalam. Turut hadir, Ketua Eksekutif KYS, Dayang Aminah Ali.

Saifuddin meminta mahasiswa diperlekehkan menyalurkan aduan ke e-melnya iaitu saifuddin61@yahoo.com.

Beliau mengakui ada mahasiswa berbeza pandangan dengan kerajaan atau universiti, namun menjadi tanggungjawab pendidik membetulkan keadaan.

Katanya, tidak ada salahnya jika pandangan mahasiswa berbeza kerana universiti adalah tempat mengeluarkan idea bernas dengan syarat secara berhemah.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, kementerian akan memilih tiga daripada 32 politeknik di seluruh negara untuk dinaik taraf sebagai politeknik perdana tahun ini.

“Menteri akan mengumumkan tiga politeknik yang terpilih dan kita dalam proses akhir membuat pemilihan. Kerajaan berpendapat sudah sampai masanya politeknik ditingkatkan kepada politeknik perdana sejajar usianya yang menjangkau 40 tahun,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

Kelas pulih murid lembap

PUTRAJAYA: Mulai tahun ini, semua murid Tahun Satu akan menjalani ujian khusus selepas dua bulan memulakan persekolahan bagi menguji tahap penguasaan dalam menulis, membaca dan mengira (3M) selaras dengan pelaksanaan program Literasi dan Numerasi (Linus).

Menerusi ujian itu, murid yang dikenal pasti lembap dalam pembelajaran akan dimasukkan ke kelas pemulihan, manakala yang mengalami kecacatan fizikal seperti masalah telinga atau mata ditempatkan di kelas pendidikan khas di sekolah sama.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata program itu adalah antara empat inisiatif sub Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi memperkukuhkan tahap literasi murid sekolah rendah daripada 87 peratus tahun lalu kepada 90 peratus tahun ini.

Tiga lagi sasaran awal empat sub NKRA ialah meningkatkan kadar penyertaan murid prasekolah, melahirkan Sekolah Berprestasi Tinggi dan merangka insentif berbentuk kewangan serta bukan kewangan kepada kepimpinan sekolah.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata program Linus akan disokong dengan penempatan guru terbaik untuk mengajar murid Tahun Satu, selain menambah guru pemulihan pada nisbah satu guru bagi 15 murid berbanding satu guru untuk satu sekolah sekarang.

"Penambahan guru ini akan membolehkan lebih tumpuan diberikan kepada murid yang lemah penguasaannya dalam kemahiran menulis, mengira dan membaca," katanya ketika menyampaikan perutusan Tahun Baru 2010 kepada warga kementeriannya di sini semalam, yang turut disiarkan secara langsung menerusi RTM, TV3, Astro Awani dan Eduweb.

Hadir sama, kedua-dua timbalannya, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Dr Mohd Puad Zarkashi; Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Pada majlis sama, Muhyiddin turut menerima sumbangan RM2 juta untuk Tabung Kumpulan Wang Simpanan Pelajar Miskin (KWAPM) daripada Naib Presiden Bahagian Pendidikan Petronas, Juniwati Rahmat Hussin.

Pada sidang medianya, Muhyiddin berkata, program Linus akan dilaksanakan dengan bantuan Kementerian Kesihatan bagi menguji tahap penglihatan dan pendengaran murid ketika mengikuti pembelajaran di dalam bilik darjah.

"Program ini adalah komitmen kerajaan untuk memastikan semua murid mampu menguasai 3M dalam tempoh tiga tahun awal persekolahan di sekolah rendah.

"Walaupun peratusan murid yang gagal menguasai 3M hingga Tahun Enam adalah rendah, kita mesti berusaha membantu mereka kerana mungkin kegagalan itu berpunca daripada keadaan fizikal masing-masing," katanya.

Muhyiddin turut mengumumkan kajian penilaian terhadap sistem pendidikan negara akan diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) tahun depan.


  • MUHYIDDIN ketika berucap menyampaikan perutusan Tahun Baru 2010 kepada warga kementeriannya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

    Beliau berkata, kajian itu bertujuan mendapatkan pandangan pihak luar mengenai sistem pendidikan negara supaya kerajaan dapat menambah baik segala kelemahan sekiranya ada.

    "Kita perlu mengesahkan dakwaan bahawa sistem pendidikan kita adalah yang terbaik dan Unesco mampu memberikan maklum balas yang diperlukan dengan kerjasama kementerian.

    "Hasil kajian yang bakal dilaksanakan nanti diharap mampu memperkukuhkan lagi sistem pendidikan negara," katanya.

    Sementara itu, Alimuddin ketika dihubungi menjelaskan kaedah pemarkahan akan digunakan dalam ujian bagi murid Tahun Satu untuk menentukan sama ada pelajar berkenaan berupaya meneruskan pembelajaran dalam aliran perdana.

    Beliau berkata, murid yang lembap dalam pembelajaran berdasarkan keputusan ujian berkenaan, akan dimasukkan ke kelas pemulihan di sekolah sama sebelum dimasukkan semula ke aliran perdana.

    "Selagi tidak pulih, murid berkenaan akan terus ditempatkan dalam kelas pemulihan sehingga mampu menguasai 3M.

    "Murid yang mengalami masalah fizikal yang disahkan doktor pula ditempatkan di kelas pendidikan khas untuk meneruskan pembelajaran, juga di sekolah yang sama," katanya.

    Beliau berkata, had maksimum penempatan murid itu dalam kelas pemulihan bergantung kepada keupayaannya menguasai semula 3M berdasarkan ujian yang akan diadakan dari semasa ke semasa.

    Program itu bagaimanapun tidak membabitkan penambahan waktu persekolahan kerana murid berkenaan dipindahkan ke kelas pemulihan atau pendidikan khas dan menjalani pembelajaran seperti rakan lain pada waktu sekolah.


  • sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/BeritaUtama/20100108002912/Article

    Untuk menyaksikan siaran langsung Majlis Perutusan Tahun Baru 2010 Oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada & Januari 2010. Sila layari pautan ini. http://www.eduwebtv.com/index7.php?PageSelId=141&vidgrp=7&idcaller=menu_pub

    5 Perkara

    Dalam sesi muzakarah kali ini, saya hendak menarik perhatian tentang 5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini.

    Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:

    • Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
      Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.
    • Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.
    • Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?
    • Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga. Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.
    • Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.


    Demikian tazkirah minggu ini. Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin...

    Pesanan

    Assalamualaikum..

    PESANAN

    Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

    Murid 1: Orang tua

    Murid 2: Guru

    Murid 3: Teman

    Murid 4: Kaum kerabat

    Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
    ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
    mati ( Surah Ali-Imran :185).



    Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

    Murid 1: Negeri Cina

    Murid 2: Bulan

    Murid 3: Matahari

    Murid 4: Bintang-bintang

    Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
    LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat
    kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari
    esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan
    ajaran Agama.



    Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?

    Murid 1: Gunung

    Murid 2: Matahari

    Murid 3: Bumi

    Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA
    NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
    jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.



    IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?

    Murid 1: Baja

    Murid 2: Besi

    Murid 3: Gajah

    Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG
    AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
    malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
    pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut
    menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
    kerana gagal memegang amanah.



    Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

    Murid 1: Kapas

    Murid 2: Angin

    Murid 3: Debu

    Murid 4: Daun-daun

    Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali
    didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan
    dunia, kita tinggalkan solat



    Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

    Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

    Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah
    LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati
    dan melukai perasaan saudaranya sendiri

    Salah Faham~

    SALAH FAHAM dan MEMPERMAIN-MAINKAN dalam penggunaan hadis !!!!!

    Kebanyakan insan-insan pada hari ini lebih mementingkan nafsu semata-mata apabila menggunakan hadis dan Al-Quran untuk menyesuaikan dirinya dengan dosa yang akan dilakukan, lebih teruk lagi mereka ini termasuklah diantara lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang mendapat pendidikan agama sejak kecil lagi, mereka sanggup mempertaruhkan maruah kesucian agama dengan memutar belitkan dalil-dalil ini hanya untuk menzahirkan apa yang dilakukan adalah tepat dan betul selari dengan kehendak agama Islam, antara faktor-faktor yang menjadi dorongan mereka untuk mengikut hawa nafsu, pada masa kita melakukan dosa besar ini kita tidak sedikit pun merasa bersalah pada agama yang selalu dialun-alunkan dan dikatakan bahawa akulah yang paling mencintai nabi Muhammad s.a.w.

    ANTARA LAWAK & HUKUM (LELAKI)

    Saya juga masih ingat, sewaktu di tempat lama, rakan-rakan sefakulti sering kali apabila mereka terlihat aurat wanita akan menyebut begini .. "tak pe ‘ustaz’ kan, pandangan pertama tak berdosakan?"….(hilai ketawa)…. Inilah sebahagian sikap umat Islam pada hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka ataupun mereka mengetahui tetapi sengaja menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri.

    Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.

    Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-

    ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

    Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

    Oleh yang demikian di dalam ruangan yang sempit lagi terhad ini, bagi sesiapa sahaja yang membacanya penulis berharap agar para pembaca yang dirahmati Allah agar mengaitkan diri sendiri dalam situasi ini, semoga ruangan ciretan pembetulan Ilmu ini dapat kita perbaiki dan menilai diri kita semua…

    Sheikh Islam Ibnu Taimiyyah berkata: “jika masalah yang aku hadapi menemui jalan buntu maka aku akan beristigfar kepada Allah sebanyak seribu kali atau lebih kurang, nescaya Allah akan membukakan jalan keluar”

    Maksudnya: "Sehingga Aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya adalah ia Maha Pengampun. (surah nuh: 10)

    Wallahualam..

    Motivasi Diri

    Kita memerlukan sesuatu yang boleh menjadi daya pendorong atau motivasi untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

    Kalau pelajar yang ingin berjaya tentu memerlukan motivasi diri untuk mencapai kejayaan.

    Bagi seorang pekerja pula, tentu memerlukan motivasi untuk melakukan pekerjaan dengan baik...tambahan pula perlu melakukan kerja yang sama setiap hari. Tentu bosan akan muncul jua di dalam hati.

    Di bawah ni ada beberapa tips yang boleh kita praktikkan untuk motivasi diri..

    1. Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.
    2. Senyumlah selalu..senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.
    3.Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti.
    4. Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri.
    5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi.
    6. Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati.
    7. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas.. Sesekali bergaya, apa salahnya.
    8. Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan..takut jadi obes pula.
    9. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok..bahaya untuk kesihatan.
    10. Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.
    11. Tenangkan fikiran dan relaks sekejap.

    12. Mandi setiap hari... jangan malas mandi tau !
    13. Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri.
    14. Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.
    15. Lakukan kerja seikhlas hati.
    16. Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada Allah..

    GooD LuCk KaWaN-kawaN…


    Kisah Guru Dan Murid

    Murid : Selamat pagi, cikgu.

    Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi Sahaja?
    Petang Dan malam awak doakan saya tak
    Selamat?

    Murid : Selamat pagi, petang Dan malam cikgu!

    Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh
    Orang! Kata selamat sejahtera! Senang Dan Penuh
    Bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi
    Semua Masa Dan keadaan.

    Murid : Selamat sejahtera cikgu!

    Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.
    Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang
    Perkataan Berlawan. Bila cikgu sebutkan Perkataannya,Kamu semua mesti menjawab dengan Cepat, lawan bagi
    Perkataan-perkataan itu, faham?

    Murid : Faham, cikgu!

    Cikgu : Saya tak mahu Ada apa-apa gangguan.

    murid :(senyap)

    Cikgu : Pandai!

    Murid : Bodoh!

    Cikgu : Tinggi!

    Cikgu : rendah!

    Cikgu : Jauh!

    Murid : Dekat!

    Cikgu : Keadilan!

    Murid : UMNO!

    Cikgu : Salah!

    Murid : Betul!

    Cikgu : Bodoh!

    Murid : Pandai!

    Cikgu : Bukan!

    Murid : Ya!

    cikgu : oh Tuhan!

    Murid : Oh Hamba!

    Cikgu : Dengar ini!

    Murid : Dengar itu!

    Cikgu : Diam!

    Murid : Bising!

    Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

    Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

    Cikgu : Mati aku!

    Murid : Hidup kami!

    Cikgu : Rotan baru tau!

    Murid : Akar lama tak tau!

    Cikgu : Malas aku ajar kamu!

    Murid : Rajin kami belajar cikgu!

    Cikgu : Kamu Gila!

    Murid : Kami siuman!

    Cikgu : Cukup! Cukup!

    Murid : Kurang! Kurang!

    Cikgu : Sudah! Sudah!

    Murid : Belum! Belum!

    Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

    Murid : Sebab saya seorang pandai!

    Cikgu : Oh! Melawan!

    Murid : Oh! Mengalah!

    Cikgu : Kurang ajar!

    Murid : Cukup ajar!

    Cikgu : Habis aku!

    Murid : Kekal kami!

    Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

    Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

    Cikgu : Sudah, bodoh!

    Murid : Belum, pandai!

    Cikgu : Berdiri!

    Murid : Duduk!

    Cikgu : Saya kata UMNO salah!

    FORMULA 10 + 2

    FORMULA 10 + 2
    BILANGAN MATA PELAJARAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
    1. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Jun 2009 telah membuat keputusan bahawa mulai tahun 2010 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dihadkan untuk mengambil maksimum 10 mata pelajaran kecuali murid-murid aliran agama sains yang boleh mengambil 11 mata pelajaran sehingga tahun 2010 sahaja.
    2. Kerajaan telah menerima pandangan pelbagai pihak yang mendakwa keputusan itu menyebabkan murid Cina dan murid India terhalang daripada mengambil mata pelajaran Bahasa Cina atau Bahasa Tamil dan Kesusasteraan Cina atau Kesusasteraan Tamil.

    3. Sukacita saya maklumkan bahawa dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Disember 2009, kerajaan telah bersetuju menerima rayuan pelbagai pihak agar murid dibenarkan mengambil dua lagi mata pelajaran tambahan dalam peperiksaan SPM mulai tahun peperiksaan 2010. Dua mata pelajaran tambahan tersebut adalah Bahasa Cina atau Bahasa Tamil DAN Kesusasteraan Cina atau Kesusasteraan Tamil. Sehubungan dengan keputusan ini, murid juga dibenarkan mengambil Bahasa Arab sebagai salah satu mata pelajaran tambahan.

    4. Formula 10 + 2 ini bermaksud dasar mengehadkan 10 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM yang diputuskan terdahulu, adalah kekal tetapi kelonggaran diberi kepada murid untuk mengambil tidak lebih daripada dua mata pelajaran tambahan seperti dinyatakan di atas sahaja. Kelonggaran ini boleh diguna pakai untuk semua murid di semua aliran. Syarat-syarat lain pengambilan mata pelajaran dalam peperiksaan SPM, termasuk syarat mata pelajaran teras dan mata pelajaran elektif sedia ada, juga kekal.
    5. Selain maksud yang dinyatakan dalam perenggan 4 di atas, Formula 10 + 2 diterima oleh kerajaan dengan syarat-syarat berikut:
    (i) mata pelajaran tambahan yang dinyatakan di atas akan hanya diambil kira dalam penganugerahan Biasiswa Nasional Tajaan Kerajaan sekiranya ianya termasuk dalam 10 matapelajaran maksimum yang diambil oleh murid.

    (ii) mata pelajaran tambahan yang dinyatakan di atas akan hanya diambil kira dalam pengiraan mata, bagi tujuan kemasukan ke kursus-kursus Pengajian Bahasa Tamil atau Bahasa Cina atau Bahasa Arab atau kursus-kursus berkaitan di IPTA.
    (iii) kedua-dua mata pelajaran tambahan itu boleh digunakan bagi menyertai latihan perguruan untuk menjadi guru bahasa Cina atau bahasa Tamil atau bahasa Arab.
    (iv) keputusan dalam peperiksaan SPM bagi kedua-dua mata pelajaran tambahan itu akan dicatatkan di atas sijil SPM yang sama.
    6. Dengan formula 10 + 2 ini, tidak timbul lagi masalah murid yang tidak dibenarkan mengambil mata pelajaran Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Kesusasteraan Cina dan Kesusasteraan Tamil. Mereka boleh mengambil mana-mana satu atau dua mata pelajaran tambahan ini tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan di atas.
    7. Murid aliran agama sains juga boleh mengambil mana-mana 10 mata pelajaran dan satu mata pelajaran tambahan iaitu Bahasa Arab (lihat lampiran) walaupun selepas 2010. Kumpulan yang mewakili sekolah agama dalam beberapa pertemuan dengan KPM menyatakan 11 mata pelajaran telah mencukupi.
    8. Keputusan kerajaan membenarkan dua mata pelajaran tambahan dalam peperiksaan SPM ini adalah selaras dengan peruntukan Akta Pendidikan 1996 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
    Tan Sri Dato’ Hj. Alimuddin bin Hj. Mohd Dom
    Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
    7 Disember 2009

    Lampiran
    Contoh pilihan mata pelajaran murid aliran sains dan murid aliran agama sains
    Aliran Sains
    1. Bahasa Melayu
    2. Bahasa Inggeris
    3. Matematik
    4. Sejarah
    5. Pendidikan Moral
    6. Fizik
    7. Kimia
    8. Biologi
    9. Matematik Tambahan
    10. Prinsip Akaun

    Mata pelajaran tambahan
    1. Bahasa Tamil
    2. Kesusasteraan Tamil
    Aliran Agama Sains
    1. Bahasa Melayu
    2. Bahasa Inggeris
    3. Matematik
    4. Sejarah
    5. Fizik
    6. Kimia
    7. Biologi
    8. Matematik Tambahan
    9. Pendidikan Quran dan Sunnah
    10. Pendidikan Syariah Islamiah

    Mata pelajaran tambahan

    1. Bahasa Arab
    Nota: Mata pelajaran tambahan TIDAK boleh diganti dengan mata pelajaran lain selain Bahasa Cina/BahasaTamil/Bahasa Arab dan Kesusasteraan Cina/Kesusasteraan Tamil

    Diterbitkan Oleh: Bahagian Hal Ehwal Korporat
    Sumber: http://www.moe.gov.my/?id=26&aid=471

     

    W3C Validations

    Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

    Usage Policies